Sat .   |   |
Nama Fakulti
  • News
  • Set penjagaan kulit propolis kelulut UniSZA raih anugerah khas MTE 2019

Set penjagaan kulit propolis kelulut UniSZA raih anugerah khas MTE 2019

Propoplus

 KUALA NERUS, 26 Feb (Bernama) -- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya melakar sejarah tersendiri apabila mencipta set penjagaan kulit berasaskan propolis kelulut.

Hasil ciptaan Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) UniSZA, Prof Madya Dr Khamsah Suryati Mohd itu mampu mengatasi masalah kulit dan menerima Anugerah Khas pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Set penjagaan kulit Propoplus Cosmetics terdiri daripada pencuci muka, toner dan pelembab dua dalam satu itu dihasilkan melalui formulasi khas hasil kajian beliau selama enam tahun berkaitan propolis kelulut.

Sebelum ini, beliau berkata propolis dibuang sahaja disebabkan kurang pengetahuan teknologi dalam kalangan penternak kelulut terhadap proses pengekstrakan propolis.

“Namun, kajian melibatkan empat geran penyelidikan dan penghasilan lebih 10 penerbitan ini telah membuktikan potensi yang tinggi propolis kelulut dan mengandungi bahan-bahan amat sesuai untuk dijadikan produk penjagaan kulit.