Thu .   |   |
Nama Fakulti
  • Activities / Announcements
  • Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2016, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2016, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

UniSZASelamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Y. Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian telah membuka permohonan program
sepertimana di atas sebagai langkah menyahut hasrat kerajaan untuk
meningkatkan jaringan kolaborasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan
sektor industri.  Program MyLAB menyasarkan pertumbuhan teknologi dan
inovasi tempatan serta pemindahan ilmu dan sumber secara sistematik.

Garis panduan dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman web
Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS)
http://mygrants.gov.my/. untuk rujukan Y. Brs. Prof./Dr/tuan/puan. Garis
Panduan dalam bentuk hardcopy boleh dapatkan di Pejabat Pentadbiran FBIM
dengan Cik Nurfarahain.

Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan enam (6) salinan kertas
cadangan yang lengkap (full proposal) dengan menggunakan format seperti di
laman web tersebut.  Softcopy kertas cadangan yang lengkap juga perlu di
simpan dalam (compact disc/pendrive).  Borang permohonan yang telah
dilengkap perlu dihantar ke Pejabat CRIM pada atau seleswat-lewatnya 20
Jun 2016 (Isnin).  Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh
menghubungi Pejabat CRIM di talian 09-6687986/7981 (Puan Hanisa Daud)

Sekian.

b/p: PENGURUSAN FBIM