Thu .   |   |
Nama Fakulti

FBIM UNISZA LAKSANA PROGRAM 2U2i

2u5

Kuala Nerus:  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) antara lima universiti awam (UA) yang akan melaksanakan program belajar sambil bekerja (2U2i) pada September ini.

Program diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi itu membabitkan dua tahun proses pembelajaran di dalam universiti dan dua tahun menimba pengalaman industri.

 Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata UniSZA memilih jurusan Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan untuk program berkenaan.

"Program 2U2i dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpasaran, persediaan dan kemahiran pelajar universiti memasuki alam pekerjaan. Kita meletakkan sasaran 80 peratus kebolehpasaran apabila mereka menamatkan pengajian”

“Malah, program ini juga antara platform terbaik dalam membantu universiti mengukuhkan hubungan dengan industri untuk berkerjasama dalam mengangkat Pendidikan Tinggi Negara terus memacu kecemerlangan “Soaring Upwards”, katanya pada sidang media selepas merasmikan Program 2U2i dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara UniSZA dan industri tempatan di Dewan Perdana UniSZA.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Haji Mohd Dom, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma.

Menurut beliau lagi, Selain UniSZA, empat universiti lain ialah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).