Fri .   |   |

ETIKA PENYELIDIKAN HAIWAN DAN TUMBUHAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UAPREC)

ETIKA PENYELIDIKAN HAIWAN DAN TUMBUHAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UAPREC) SECARA LENGKAP

Etika Penyelidikan Terhadap Haiwan dan Tumbuhan diwujudkan bagi memastikan semua penyelidik, kakitangan dan pelajar mematuhi rangka kerja etika penyelidikan dan peraturan universiti. Etika ini menjelaskan aspek-aspek yang berkaitan dengan kepatuhan kepada etika dalam menjalankan penyelidikan terhadap haiwan dan tumbuhan. Ini bertujuan untuk melindungi semua pihak (penyelidik, bahan penyelidikan, kumpulan sasaran dan sebagainya) daripada penyalahgunaan atau eksploitasi oleh penyelidik atau pihak- pihak yang bertanggungjawab.  

Etika Penyelidikan Terhadap Haiwan dan Tumbuhan ini mencakupi prinsip am etika penyelidikan, pengurusan data penyelidikan, penerbitan dan penyebaran hasil kajian, konflik kepentingan, semakan keserakanan dan panel pakar, hak milik pengarang, salah laku dalam penyelidikan, etika penggunaan sumber sumber haiwan dan tumbuhan. Permohonan untuk mendapatkan kelulusan projek penyelidikan yang menggunakan haiwan dan tumbuhan adalah melalui Jawatankuasa UniSZA Animal and Plant Research Ethics Committee (UAPREC). Disertakan borang permohonan tersebut.