Mon .   |   |

CMU

Banner CMU UniSZA 2017 3x4

Delegates from University Ching Mai (CMU), Thailand will arrive and welcomed by Faculty of Bio-resources and Food Industry (FBIM), Sultan Zainal Abidin University (UniSZA) in conjunction with the 4th International Inbound Mobility Program (2017) on August 12-17, 2017.

The program aims to enhance collaboration between UniSZA and CMU through educational exchanges as well as researches activities. This program also seeks to promote cultural exchange and mutual understanding between both nations.

Delegates from CMU led by A.P Dr. Somchai Jomduang comprising 2 lecturers and 12 students.  They are scheduled to meet UniSZA’s Top Management on 13th August at Gong Badak Campus. The central activities that will be held during the program are Academic Seminar and discussion sessions.  Apart from that, they will also be visiting several food manufacturers and tourist attractions in Kuala Terengganu and Klang valley.

To CMU delegates, we warmly welcome and looking forward to seeing you in Malaysia soon.

--------------------------------------

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menerima kunjungan delegasi dari University Ching Mai (CMU), Thailand sempena Program Mobiliti Antarabangsa (Inbound) 2017 kali ke-4 pada 12 hingga 17 Ogos 2017.

Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara UniSZA dan CMU melalui aktiviti-aktiviti pendidikan serta penyelidikan. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya dan persefahaman antara kedua-dua negara.

Delegasi dari CMU yang diketuai oleh A.P Dr. Somchai Jomduang terdiri daripada 2 orang pensyarah dan 12 orang pelajar.  Mereka dijadualkan bertemu dengan Pengurusan Tertinggi UniSZA pada 13 Ogos di Kampus Gong Badak.  Aktiviti utama yang akan diadakan semasa program ini adalah Seminar Akademik dan sesi perbincangan.  Selain itu, mereka juga akan dibawa melawat ke beberapa industri makanan dan tarikan pelancong di Kuala Terengganu dan Lembah Klang.

Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) dengan sukacitanya mengalu-alukan ketibaan delegasi  dari CMU.