Sun .   |   |

PROGRAM MOBILITI ANTARABANGSA (INBOUND) CHIANG MAI UNIVERSITY

PROGRAM MOBILITI ANTARABANGSA (INBOUND) MAHASISWA CHIANG MAI UNIVERSITY (CMU) 2017 KALI KE-4 KE FAKULTI  BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN (FBIM), UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

12 – 17 Ogos 2017

Pada 12 hingga 17 Ogos 2017, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) telah menerima mobiliti mahasiswa Chiang Mai Universiti 2017 untuk kali ke-4. Delegasi dari CMU terdiri daripada 2 orang kakitangan CMU, 6 orang pelajar siswazah dan 6 orang pelajar prasiswazah.

Program mobiliti adalah hasil daripada MoU antara UniSZA dan CMU untuk pertukaran ilmu dalam bidang industri makanan serta menggalakkan interaksi antara staf dan juga pelajar CMU dan UniSZA. Program selama 5 hari ini meliputi pelbagai aktiviti akademik, lawatan kilang, lawatan institusi pengajian, lawatan institusi penyelidikan serta aktiviti lain yang membantu mengeratkan hubungan antara UniSZA dan CMU.

Ketibaan delegasi dari CMU pada 12 Ogos 2017 telah disambut oleh pelajar prasiswazah, pascasiswazah dan staf FBIM di KLIA2. Delegasi CMU telah disambut oleh warga Pejabat Timbalan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) pada 13 Ogos 2017 dan telah membuat lawatan ke fakulti-fakulti serta kemudahan di Kampus Gong Badak serta Kampus Perubatan. Pada 14 Ogos 2017, seminar akademik telah diadakan di FBIM. Enam orang pelajar pascasiswazah CMU, dan 3  orang pelajar pascasiswazah UniSZA telah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Pelajar prasiswazah CMU pula membentangkan “Introduction to tourist attraction in Chiang Mai” and “Introduction to Chiang Mai University”. Sesi seminar ini telah membantu pertukaran idea serta perbincangan berkenaan penyelidikan antara UniSZA dan CMU. Delegasi CMU turut membuat lawatan ke kilang pemprosesan keropok lekor yang terkenal di Kuala Terengganu, iaitu Tokki Keropok Lekor dan juga kilang pemprosesan kelapa sawit FGV di Chalok, Setiu. Setelah melawat kilang pemprosesan makanan di Terengganu, delegasi CMU bertolak ke Kuala Lumpur dan melawat institusi penyelidikan makanan, iaitu Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan juga Halal Research Institute (UPM). Delegasi CMU didedahkan dengan R & D dalam produk kelapa sawit dan juga aplikasi sains dan teknologi dalam memastikan produk makanan adalah halal. Mobiliti Inbound ini telah mengeratkan hubungan antara UniSZA dan CMU dari segi perkongsian ilmu dan juga interaksi staf dan pelajar.

 2

 3