Fri .   |   |
Nama Fakulti

FBIM Goes International!

Women Research

Dekan FBIM Prof Madya Dr Khamsah Suryati Mohd telah dijemput untuk memberikan syarahan di 'International Woman Research Connect' yang akan diadakan di Bangalore India pada 8 Mac 2018. Persidangan tersebut dianjurkan oleh Arunai International Research Foundation (AIRF). Jemputan ini menandakan bahawa kepakaran pensyarah di FBIM bukan hanya diiktiraf di peringkat kebangsaan, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Prof Madya Dr Khamsah merupakan pakar dalam bidang 'Molecular Biochemistry', 'Herbal Standardization' dan 'Chemometric of Natural Product'. Sepanjang karier, beliau telah menyumbang kepada banyak penemuan saintifik dan mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara atas kajian-kajian tersebut.