Tue .   |   |

Pensyarah FBIM Sebagai Pakar Rujuk Kursus EEAFM

EEAFM TAWAU 2018

"BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING". FBIM UniSZA berganding bahu bersama rakan industri dari Jabatan Perikanan Sabah, WWF dan CTI-GIZ telah menganjurkan satu kursus peringkat negeri Sabah bertajuk "Essential Ecosystem Approach to Fisheries Management) atau nama singkatan EEAFM di Hotel Promenade, Tawau dari 6 hingga 8hb Mac 2018. FBIM UniSZA yang diwakili oleh Prof. Madya Dr. Connie Fay Komilus merupakan seorang pakar rujuk EAFM Malaysia.

Kursus EEAFM yang dibuat secara berkala di Malaysia merupakan satu agenda Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan penerapan konsep EAFM yang diilhamkan oleh FAO di kalangan pihak berkepentingan dalam sektor perikanan. Seramai 17 orang peserta kursus terpilih daripada seluruh Sabah telah menghadiri kursus tersebut. Pihak penganjur kursus berharap agar kursus ini memanfaatkan semua ahli kursus dalam memahami konsep EEAFM dengan lebih jelas dan seterusnya berkongsi pengetahuan dengan komuniti yang lain.