Thu .   |   |

Kolokium Pelajar Siswazah FBIM

PG Seminar

Semua Kakitangan Akademik
Fakulti Biosumber dan Industri Makanan
Universiti Sultan Zainal Abidin

JEMPUTAN KE KOLOKIUM PELAJAR SISWAZAH FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN (FBIM): 2/2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) akan mengadakan Kolokium Pelajar Siswazah sepertimana berikut:

Tarikh     : 18 April 2017 (Rabu)
Masa       : 2:30 – 4:30 petang
Tempat     : Bilik Seminar F2, FBIM, UniSZA Kampus Besut.

3.        Sehubungan dengan itu, pihak fakulti ingin menjemput tuan/puan khususnya kakitangan akademik dalam bidang berkaitan (sila rujuk abstrak) untuk menghadiri kolokium tersebut bagi memberi pandangan ke atas kemajuan serta cadangan pennyelidikan mereka. Sila rujuk kepada lampiran yang dilampirkan untuk maklumat berkaitan para pembentang siswazah serta abstrak penyelidikan yang dijalankan.

Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Ho Lee Hoon (PhD)
Penyelaras Siswazah FBIM