Tue .   |   |
Nama Fakulti
  • News
  • Pencemaran kimia: DRF eMAS, DRF eNH3 bakal jadi penyelamat

Pencemaran kimia: DRF eMAS, DRF eNH3 bakal jadi penyelamat

Sinar Harian DRF

 

KUALA NERUS - Alat pengesan dan amaran awal gas toksik seperti ammonia, metana dan hidrogen sulfida yang boleh mencecah RM18 ribu seunit antara faktor keperluan itu diabaikan pihak industri. Tindakan mengabaikan keperluan alat pengesan dan amaran awal itu menyebabkan banyak kecederaan serta kematian berlaku disebabkan kebocoran gas dilaporkan dalam media tempatan sebelum ini.

Terbaharu, kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, pada 7 Mac lalu. Oleh itu, pasukan penyelidikan kualiti udara di Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) membangunkan peralatan saintifik untuk mengurangkan kos pemilikan. Penyelidikan itu diketuai Pensyarah Kanan, FBIM Dr Azman Azid bersama tiga lagi penyelidik iaitu Dr Fathurrahman Lananan, Dr Mohd Saiful Samsudin dan Muhammad Amirruldin Abadi Zaman. Usaha tersebut mendapat kerjasama rakan industri tempatan iaitu Dr FAS Technologies. Kumpulan ini mengambil keputusan membangunkan peralatan saintifik itu bagi mengurangkan kos pemilikan.

Dr Azman berkata, penyelidikan dan pembangunan peralatan itu menjadi kenyataan dengan pengalaman penyelidik yang mendalam dan melalui penyelidikan kualiti udara sejak 2015 di Unisza. Menurutnya, dalam pertandingan Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI 2019) yang lepas, dua peralatan saintifik persampelan udara berkos rendah pasukan penyelidikan juga dipertandingkan. "DRF eNH3 dan DRF eMAS masing-masing mendapat pengiktirafan pingat emas dan pingat gangsa dalam pertandingan MPI 2019.