Kolokium 3/2020
JEMPUTAN KE KOLOKIUM PELAJAR SISWAZAH FBIM : 3/2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) akan mengadakan Kolokium Pelajar Siswazah sepertimana berikut:
Tarikh : 26 Februari 2020 (Rabu)
Masa : 2:30 petang – 4:30 petang
Tempat : Bilik Seminar, F2, FBIM, UniSZA Kampus Besut.
3. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti ingin menjemput semua kakitangan akademik menghadiri Kolokium tersebut dengan memberi pandangan dan cadangan ke atas cadangan pengajian pelajar.