Fri .   |   |
Nama Fakulti

Program Khidmat Komuniti 'Sayangi Pantai dan Alam Sekitar' 2020

sayangi pantai

Fakulti Biosumber dan Industri Makanan(FBIM) , Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Gerda Mas / Pengkalan Kubur telah menganjur dan menjayakan program Khidmat Komuniti ‘Sayangi Pantai dan Alam Sekitar’ di Pantai Dendong (Pantai Belakang UniSZA Kampus Besut) pada 27 September 2020. Program ini disertai oleh staf FBIM dan turut disertai staf Fakulti Farmasi, Pusat Pengurusan Makmal Berpusat dan Pejabat Pengarah Kampus Besut.

Amalan gotong royong seperti ini adalah penting untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menyebarkan mesej kesedaran kepada orang ramai bahawa menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Program sebegini juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak universiti dan komuniti sekitar.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan semoga semangat kerjasama ini akan berterusan pada masa yang akan datang.