Kolokium Siswazah 1/2021
JEMPUTAN KE KOLOKIUM PELAJAR SISWAZAH FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN (FBIM): 1/2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) akan mengadakan Kolokium Pelajar Siswazah sepertimana berikut:
Tarikh : 13 Januari 2021 (Rabu)/14 Januari 2021 (Khamis)
Masa : 2.00 tengahari – 4.00 petang/ 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Secara atas talian menggunakan aplikasi Webex.
3. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti ingin menjemput tuan/puan menyertai Kolokium tersebut dengan memberi pandangan dan cadangan ke atas cadangan pengajian pelajar.