PraSiswazahProgram PraSiswazah (Sarjana Muda) yang ditawarkan di Fakulti Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan adalah:-
Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian
Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan
Sarjana Muda Teknologi Makanan
Berikut maklumat lengkap berkenaan program PraSiswazah
Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian
Pendahuluan
Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian adalah persedian terbaik untuk kerjaya bidang pertanian dan bioteknologi pertanian. Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan lanjutan pengeluaran produk pertanian dan bioteknologi melalui pelbagai kursus universiti dan bidang pengkhususan wajib dan elektif serta audit.
Pada pengajian tahun 1 pelajar didedahkan kepada mikrobiologi, kimia organik, biokimia, prinsip pengeluaran tanaman sayuran dan ladang, botani pertanian dan ekonomi pertanian. Dalam tahun dua dan tiga, komponen pengajian termasuk prinsip pengeluaran ternakan, agroteknologi tanaman industri, sains tanah, kultur tisu tumbuhan, amalan ladang ternakan, prinsip perlindungan tanaman, mekanisasi ladang, fisiologi tanaman, sains rumpai, biologi sel dan molekul, prinsip kultura tisu sel haiwan, pembiakbakaan tumbuhan, teknologi pasca-tuai, proses pemindahan dan pengeluaran tanaman secara komersial, bioinformatik, biostatistik, keusahawanan tani dan pengembangan pertanian. Semasa di tahun empat, pelajar akan melaksanakan projek penyelidikan tahun akhir, pembentangan seminar, agroteknologi tanaman komoditi, sistem pengairan, teknologi penapaian, bioteknologi tumbuhan lajutan, isu etika dan harta intelek dalam bioteknologi dan pertanian, pemasaran pertanian dan komunikasi dalam pertanian.
Peluang Kerjaya
Graduan pengajian ini mempunyai pelung kerjaya profesional yang luas dan pelbagai menjangkaui luar bidang pertanian kerana gabungan pengajian yang berteraskan pengaplikasian teknik moden bioteknologi bagi meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanaman. Diantara peluang kerjaya graduan ini adalah pegawai pertanian, pegawai pengembangan pertanian, pegawai agronomi dan pengurusan ladang, pegawai pembiakbakaan tanaman dan pegawai perlindungan tanaman dan keselamatan biologi. Bagi sektor kerajaan graduan ini juga boleh menceburi kerjaya berasaskan makmal dan lapangan, seperti pegawai penyelidik atau pegawai teknikal di institusi penyelidikan pertanian dan universiti bagi sektor swasta dan juga sektor industri berteraskan bioteknologi pertanian.
Di samping itu, graduan juga boleh menjadi pegawai di sektor pendidikan atau media berkaitan bioteknologi dan pertanian. Graduan juga berpotensi untuk menjadi usahawan tani moden yang mengaplikasikan teknik moden bioteknologi dalam pertanian.
Jangkamasa
Pengajian ijazah ini mengambil masa selama empat (4) tahun dengan keperluan bergraduat adalah 134 kredit.
Syarat Kemasukan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, dengan sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia serta dalam mata pelajaran–mata pelajaran Biologi, Kimia/ Fizik/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Sains Pertanian.
Mendapat mana-mana satu kepujian dalam mata pelajaran selain daripada di atas dan lulus (Gred E) mata pelajaran Bahasa Inggeris.
DAN
a. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran-mata pelajaran berikut:
· Biologi
· Kimia
· Fizik/ Matematik S/ Matematik T/ Further Mathematics T
ATAU
b. Lulus program Asasi Sains Pertanian dengan mendapat sekurang-kurangya PNGK 2.50. Mendapat Gred C dalam mata pelajaran- mata pelajaran Biologi/ Kimia/ Sains Pertanian.
ATAU
c. Lulus Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPT) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Matrikulasi/ Asasi.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mata pelajaran-mata pelajaran berikut:
· Biologi
· Kimia
· Fizik/ Matematik
ATAU
d. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 pada peringkat Diploma dalam bidang berkaitan.
DAN
Mengambil “Malaysian University English Test” (MUET).
Struktur Pengajian
Semester
|
Kursus Universiti
|
Kursus Khusus
|
Elektif
|
Jumlah Kredit
|
1
|
4 (4+0)
|
13 (10+3)
|
-
|
17 (14+3)
|
2
|
6 (6+0)
|
13 (9+4)
|
-
|
19 (15+4)
|
3
|
3 (0+3)
|
12 (8+4)
|
3 (2+1)
|
18 (10+8)
|
4
|
7 (6+1)
|
6 (4+2)
|
3 (2+1)
|
16 (12+4)
|
5
|
-
|
9 (6+3)
|
6 (4+2)
|
15 (10+5)
|
6
|
-
|
12 (0+12)
|
-
|
12 (0+12)
|
7
|
-
|
6 (2+4)
|
12 (8+4)
|
18 (10+8)
|
8
|
-
|
3 (0+3)
|
9 (6+3)
|
12 (6+6)
|
Jumlah Kredit
|
20 (16+4)
|
74 (39+35)
|
33 (22+11)
|
127 (77+50)
|
Sarjana Muda Produksi Dan Kesihatan Haiwan
Pendahuluan
Sarjana Muda Sains Produksi dan Kesihatan Haiwan adalah persediaan terbaik untuk kerjaya di dalam bidang produksi haiwan dan kesihatan haiwan. Program ini adalah ijazah sains gunaan yang menggabungkan asas-asas sains dengan bidang-bidang sains haiwan dan diperlengkapi dengan kerja amali yang luas. Pengajian tahun satu menyediakan pelajar dengan sistem produksi haiwan dan kesihatan haiwan melalui pelbagai kursus kimia, biokimia, biologi sel, ekonomi dan genetik. Pengajian di dalam tahun dua dan tiga mengandungi unit-unit asas anatomi, fisiologi, fisiologi reproduksi, pemakanan, pembiakbakaan haiwan, biostatistik, produksi pedaging, produksi tenusu, produksi poltri, produksi kambing, mikrobiologi, penyakit haiwan, parasitologi, perakaunan dan agen penyebab penyakit. Pada tahun ke empat, pelajar akan melaksanakan projek penyelidikan pendek, pembentangan seminar, amalan veterinar, kesihatan awam veterinar, pengurusan sisa haiwan, tabiat dan kebajikan haiwan, struktur ladang ternakan, pengembangan pertanian dan komunikasi.
Peluang Kerjaya
Tujuan pengajian ini adalah untuk melatih saintis haiwan yang sesuai bagi mendapat pekerjaan pada pelbagai keadaan yang luas dalam pertanian haiwan, perniagaantani (pakar runding dan perkhidmatan nasihat), kesihatan haiwan dan kebajikan, pemasaran, pengurusan keusahawanan luar bandar (termasuk ladang-ladang), industri ternakan dan penyelidikan.
Jangkamasa
Ijazah ini mengambil masa selama empat (4) tahun dengan keperluan bergraduat ialah133 kredit.
Syarat Kemasukan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, dengan sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia serta dalam mata pelajaran –mata pelajaran Biologi, Kimia/ Fizik/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Sains Pertanian.
Mendapat mana-mana satu kepujian dalam mata pelajaran selain daripada di atas dan lulus (Gred E) mata pelajaran Bahasa Inggeris.
DAN
a. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran-mata pelajaran berikut:
· Biologi
· Kimia
· Fizik/ Matematik S/ Matematik T/ Further Mathematics T
ATAU
b. Lulus program Asasi Sains Pertanian dengan mendapat sekurang-kurangya PNGK 2.50. Mendapat Gred C dalam mata pelajaran- mata pelajaran Biologi/ Kimia/ Sains Pertanian.
ATAU
c. Lulus Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPT) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Matrikulasi/ Asasi.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mata pelajaran-mata pelajaran berikut:
· Biologi
· Kimia
· Fizik/ Matematik
ATAU
d. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 pada peringkat Diploma dalam bidang berkaitan.
DAN
Mengambil “Malaysian University English Test” (MUET).
Struktur Pengajian
Semester
|
Kursus Universiti
|
Kursus Khusus
|
Elektif
|
Jumlah Kredit
|
1
|
4 (4+0)
|
9 (7+2)
|
-
|
13 (11+2)
|
2
|
4 (4+0)
|
13 (9+4)
|
-
|
14 (10+4)
|
3
|
4 (2+2)
|
12 (8+4)
|
-
|
16 (10+6)
|
4
|
1 (0+1)
|
15 (10+5)
|
-
|
16 (10+6)
|
Latihan Industri
|
-
|
4 (0+4)
|
-
|
4 (0+4)
|
5
|
1(0+1)
|
15 (10+5)
|
-
|
16(10+6)
|
6
|
4(4+0)
|
15 (11+4)
|
3(2+1)
|
22 (17+5)
|
Latihan Industri
|
-
|
4 (0+4)
|
-
|
4 (0+4)
|
7
|
-
|
11 (5+6)
|
-
|
11 (5+6)
|
8
|
-
|
8 (4+4)
|
6(4+2)
|
14 (8+6)
|
Jumlah Kredit
|
18 (14+4)
|
106 (64+42)
|
9(6+3)
|
130 (82+50)
|
Sarjana Muda Teknologi Makanan
Pendahuluan
Teknologi Makanan mengintegrasikan prinsip dan konsep sains kimia, fizik, mikrobiologi dan kejuruteraan untuk digunakan bagi memilih, merekabentuk, memproses, menganalisis, membungkus, menilai dan menyimpan bahan makanan serta produk makanan dan minuman. Dengan kenaikan kos bahan makanan yang dihadapi sekarang ini, bidang teknologi makanan akan menjadi lebih penting bagi memenuhi keperluan makanan dan minuman yang berkhasiat dan selamat untuk pengguna amnya.
Pelajar yang mengikuti program ini didedahkan kepada semua aspek pembelajaran mengenai makanan; sifat kimia bahan makanan sehingga pengilangan produk makanan yang selamat dan berkualiti tinggi. Mereka perlu mengikuti kurikulum saintifik yang padat sebagai persediaan untuk mendapatkan pelbagai peluang pekerjaan atau untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pascasiswazah di dalam bidang berkaitan dengan Teknologi Makanan.
Peluang Kerjaya
Pemprosesan makanan merupakan salah satu industri pembuatan terbesar dan memberi peluang pekerjaan yang amat baik kepada graduan teknologi makanan. Pembangunan dan pemajuan industri ini memerlukan tenaga mahir di dalam bidang yang berkaitan teknologi makanan. Graduan teknologi makanan mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka menjadi usahawan makanan atau memegang jawatan penting di kilang memproses makanan, pembekal makanan dan bahan makanan serta di makmal penyelidikan dan perundingan, badan - badan kerajaan, agensi perundangan dan juga agensi penguatkuasaan.
Jangkamasa
Ijazah ini mengambil masa selama empat (4) tahun dengan keperluan minima bergraduat ialah120 kredit.
Syarat Kemasukan
Syarat kelayakan kemasukan adalah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf yang diluluskan oleh Senat Universiti Sultan Zainal Abidin. Kelayakan minimum mengikut Syarat Am Universiti dan keperluan Syarat Khas Program adalah seperti berikut:
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik atau Fizik atau Matematik Tambahan dan mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia.
DAN
Lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya: PNGK 2.50; Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan Fizik atau Matematik atau Matematik Tambahan.
Sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
ATAU
Lulus MATRIKULASI/ ASASI (Sains) Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya: PNGK 2.50; Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran Kimia, Matematik dan Biologi atau Fizik.
ATAU
Mempunyai DIPLOMA (Sains) yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan dan dilulus oleh Senat Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50.
Sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Struktur Pengajian
Semester
|
Kursus Universiti
|
Kursus Teras
|
Kursus Elektif
|
Jumlah Kredit
|
1
|
6 (6 + 0)
|
9 (7 + 2)
|
-
|
15
|
2
|
7 (6 + 1)
|
8 (6 + 2)
|
-
|
15
|
3
|
3 (2 + 1)
|
9 (7 + 2)
|
4 – 6
|
16 – 18
|
4
|
1 (0 + 1)
|
11 (7 + 4)
|
2 atau 3
|
14 – 15
|
5
|
3 (2 + 1)
|
9 (7 + 2)
|
4 – 6
|
16 – 18
|
6
|
-
|
12 (0 + 12)
|
-
|
12
|
7
|
-
|
8 (6 + 2)
|
6 – 9
|
14 – 17
|
8
|
-
|
4 (0 + 4)
|
6 – 9
|
14 – 17
|
Jumlah Kredit
|
20
|
70
|
30
Keperluan Minumum
|
120
|