Sun .   |   |
RSS

Program Pelancaran Produk Makanan Baharu telah berjaya dilangsung pada 14 Disember 2016 bertempat di Dataran Blok F4 Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Besut. Program ini merupakan sebahagian daripada pengajaran bagi kursus Pembangunan Produk Makanan (FPS4214) yang dituntut oleh pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Makanan.

Pertandingan ini dapat memberi peluang kepada pelajar menguasai ilmu bermula dari proses penjanaan idea sehingga ke pelancaran produk makanan baharu. Pertandingan ini diadakan juga bertujuan memilih produk makanan inovatif yang berpotensi untuk dipertandigkan di seminar bertajuk Malaysia Institute of Food Technology (MIFT) 2017 yang akan diadakan di Taylor’s University, Kampus Lakside, Kuala Lumpur. Selain daripada itu, program tersebut juga telah memberi pendedahan yang cukup berguna kepada para pelajar tahun akhir dalam membuat persediaan untuk menjalankan projek tahun akhir serta seorang usahawan.

Terdapat enam produk makanan yang telah dibentangkan iaitu Kimco Nougat, Green Noodle, Pumpkin Hash Brown, Chew-“nOm”, RF’ Choc dan Pumpito. Produk-produk makanan turut dinilai oleh para juri yang dijemput dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan universiti.

Tempat pertama bagi pertandingan tersebut dimenangi oleh produk berjenama ‘RF’ Choc’ yang diperbuat daripada bahan-bahan utama seperti rambutan yang disalut dengan lapisan koko. Produk ini dihasilkan bertujuan memanjangkan jangka hayat buah yang bermusim seperti rambutan di mana buah ini telah menjalani rawatan dehidrasi osmotik dan dipercayai boleh disimpan lama di suhu bilik. Tempat kedua dimenangi oleh produk yang dinama ‘Chew-“nOm”’. ‘Chew-“nOm”’ merupakan produk makanan ringan yang kaya dengan sumber protein. Ia diperkenalkan untuk menggantikan sumber ikan dalam pemprosesan jerky. ‘Chew-“nOm”’ yang diperbuat daripada sumber sayuran dan buah-buahan seperti jantung pisang, cendawan tiram dan isi pisang bertujuan memberi tekstur seperti daging dalam produk di samping menyumbang sumber protein. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh ‘Green Noodle’. ‘Green Noodle’ merupakan mee segera berperisa. Ia diperbuat daripada doh tepung gandum yang pra-campur dengan serbuk sayur kangkung, potongan lobak merah dan cendawan butang. Produk ini berkonsepkan mudah, ia hanya perlu dimasak dalam air didih selama lima minit sahaja tanpa masukkan perisa, sayur-sayuran dan daging tambahan. 

Program Pelancaran Makanan Baharu ini mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dalam menghasilkan kajian dan produk yang dapat menyumbang manfaat besar kepada masyarakat dan seterusnya kepada pembangunan negara pada masa yang akan datang.

group photo
group photo
Detail Download
tempat ke-2
tempat ke-2
Detail Download
tempat ke-3
tempat ke-3
Detail Download
tempat pertama
tempat pertama
Detail Download
 
 
Powered by Phoca Gallery